ADAKAH ANDA...

  • Menjalankan perniagaan dan ingin mencapai tahap yang lebih tinggi dalam perniagaan anda?
  • Mempunyai ramai pesaing dalam perniagaan anda dan ingin menyaingi mereka?
  • Ingin membina jenama perniagaan anda supaya lebih dikenali pengguna?
  • Mahu menjadikan perniagaan anda pilihan utama pelanggan anda berbanding pesaing?
  • Ingin tahu cara-cara pengiklanan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat besar, tetapi pada kos yang amat rendah?
  • Mahu menggunakan media majalah, akhbar, dan TV secara percuma dalam mempromosikan perniagaan dan jenama anda?

Sekiranya ya, anda di halaman yang tepat! Teruskan bacaan anda...

KATA-KATA ALUAN PENGASAS, IRFAN KHAIRI

Salam hormat,

Lebih 15 tahun saya telah menjalankan perniagaan dan dua elemen yang amat-amat penting dalam apa jua jenis perniagaan adalah pemasaran dan penjenamaan.

Melalui pemasaran dan penjenamaan, Alhamdulillah saya berjaya mencapai keuntungan RM1,000,000 pertama saya ketika berumur 25 tahun. Melalui pemasaran dan penjenamaan juga, saya berjaya menempa nama di Malaysia sebagai pakar perniagaan Internet dan menjalankan program-program yang telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia. Juga, dengan pemasaran dan penjenamaan juga, syukur Alhamdulillah berjaya membawa nama ke peringkat antarabangsa dengan pelbagai jemputan luar dari Brunei, Australia, Dubai, Los Angeles, Paris, hingga ke New York.

Tambahan, baru-baru ini juga, syarikat berita antarabangsa yang tidak asing lagi Al Jazeera yang berpusat di Doha, Qatar telah memilih saya dan 14 belia serata dunia sebagai penggerak dalam media baru sempena Forum Al Jazeera ke-9 2015. Bagaimana kejayaan sebegini berlaku?

Jawapannya adalah pemasaran dan penjenamaan.


Dipilih oleh Al Jazeera, Doha, Qatar dari 15 negara

Masalahnya, di Malaysia topik penjenamaan jarang sekali diperbincangkan. Akibatnya, tidak banyak perniagaan tempatan yang berjaya membina jenama bukan sahaja ke tahap antarabangsa, malah secara tempatan juga agak lemah jenama perniagaan mereka.

Oleh kerana kekurangan inilah, kami di IKSB memulakan Program Intensif Teknik Pemasaran dan Penjenamaan Perniagaan khusus untuk usahawan.

Pengalaman kami bekerjasama dengan beberapa universiti tempatan dan antarabangsa seperti Asia eUniversity, Open University Malaysia dan Federation University of Australia telah berjaya menghasilkan modul lengkap pemasaran dan penjenamaan yang sesuai untuk usahawan-usahawan tempatan.

Melalui laman web ini, anda akan ketahui dengan lebih lanjut program baru ini dan bagaimana ia dapat membantu perniagaan anda. Mudahan kita akan berjumpa tidak lama lagi di Advanced Marketing & Branding Masterclass!

Ikhlas,

Irfan Khairi
Penulis buku,personaliti TV dan Radio
Speaker International


MENGENAI PROGRAM
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pemasaran dan penjenamaan dalam perniagaan adalah amat penting. Membina jenama melibatkan psikologi dan juga sains seakan untuk memberi suatu tanda perjanjian kualiti sesuatu perniagaan. Teknik pemasaran yang efektif pula amat diperlukan dalam mewar-warkan jenama perniagaan kepada orang ramai. Sememangnya sesuatu produk atau perkhidmatan mempunyai kitar hidupnya tersendiri. Namun, dengan teknik pemasaran dan penjenamaan yang sempurna, kitar hidup sesuatu perniagaan akan terus berpanjangan.

Pemasaran dan penjenamaan yang hebat adalah amat diperlukan terutamanya ketika persaingan perniagaan yang semakin sengit hari ini. Ianya amat penting untuk melaburkan masa dalam membina jenama dan melaburkan usaha dalam strategi pemasaran. Membina jenama diri sendiri, produk atau perkhidmatan merupakan komunikasi pemasaran yang paling penting untuk perniagaan. Dengan menggunakan teknik pemasaran yang betul, ia dapat menggandakan keberkesanan mesej komunikasi tersebut.



BAGAIMANA IA BERBEZA DENGAN PROGRAM INTENSIF PERNIAGAAN INTERNET DAN STRATEGI MEDIA SOSIAL
Program Intensif 6 bulan Advanced Marketing & Branding Masterclass teknik dan strategi pemasaran 100% offline, dan ia adalah berbeza dengan Program 6 bulan Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial yang menyampaikan teknik dan strategi pemasaran 100% online.


 

PENYAMPAIAN PROGRAM
OpenEducation mengamalkan pembelajaran terbuka dan interaktif di mana, 6 modul (separuh hari) akan dilakukan bersemuka di pusat latihan Ruang @ IKSB di Mutiara Damansara, video modul mini talks ekstra dikendalikan melalui webinar, dan tips pemasaran dan penjenamaan harian serta soal jawab berterusan melalui Facebook group tertutup selama tempoh pembelajaran. Tempoh pembelajaran selama 6 bulan dan bermula pada 23hb Ogos 2015. Hanya 18 16 tempat kosong!

Penyampai pakar Advanced Marketing & Branding Masterclass adalah, personaliti keusahawanan Irfan Khairi, mantan pengacara TV3 Nizal Mohammad dan pengacara dan personaliti TV1 Hisham Salleh.


Teruskan ke Langkah 2 untuk maklumat lanjut OpenEdu.com.my!







HakCipta terpelihara 2011-2015 Irfan Khairi Sdn Bhd. Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh
di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik.