phoneus

topping01
Soalan Lazim
Apakah modul yang akan dipelajari sepanjang program ini?
Berbeza dengan program atau seminar perniagaan Internet yang lain yang hanya menumpukan pada satu jenis teknik atau strategi, program 9 bulan ini merangkumi pelbagai teknik dan strategi perniagaan Internet dalam 10 modul yang disediakan khas oleh pakar perniagaan Internet #1 Irfan Khairi.

Program-program Irfan Khairi telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia sejak 2005 hingga kini!

Program ini terbahagi kepada 10 modul Pemasaran Internet dan Media Sosial. Antara modul yang akan dipelajari adalah asas perniagaan Internet, teknik pemasaran blog untuk perniagaan, pemasaran Facebook dan media sosial, pengoptimaan enjin pencari, pengiklanan Internet, pembinaan laman web perniagaan dan banyak lagi…

10 Modul & Maklumat


m1

Modul 1 : Asas Perniagaan Internet dan Pemasaran Media Sosial ( Kelas Bersemuka)

MAKLUMAT : Modul yang berkongsikan asas perniagaan Internet supaya peserta dapat memahami cara membina perniagaan Internet dengan cara yang betul.

Modul ini juga akan turut membantu peserta mencari idea-idea perniagaan berdasarkan minat dan permintaan untuk dijadikan “Business Based Assignment” sepanjang pengajian.

Asas penjenamaan juga akan dibincangkan supaya perniagaan yang dimulakan dapat meminimakan pesaing dalam memudahkan lagi perjalanan perniagaan anda! Dalam modul ini, peserta akan diberi bantuan dan bimbingan kepada persoalan, perniagaan apa yang terbaik untuk mereka mulakan?


m2

Modul 2 : Penjenamaan Diri Perniagaan Jualan Langsung dan Ajen ( Kelas Bersemuka)

MAKLUMAT : Kini, perniagaan berbentuk ajen, sama ada perniagaan jualan langsung, dropship, MLM, atau perniagaan berbentuk perkhidmatan seperti insurans, penasihat kewangan dan lain-lain adalah sangat popular. Model perniagaan sebegini memerlukan penjenamaan diri (personal branding) untuk mendapat daya saingan di kalangan pesaing yang lebih ramai.

Modul ini akan kongsikan teknik penjenamaan diri (personal baranding) yang juga boleh diaplikasikan pada apa sahaja jenis perniagaan.


m3

Modul 3 : Laman Web yang Menjual ( Kelas Bersemuka)

MAKLUMAT : Peserta akan mendalami teknik dan strategi menghasilkan laman web yang boleh mengubahkan prospek menjadi pembeli. Psikologi cara orang membeli di atas talian akan dipelajari supaya memudahkan peserta memahami apa yang membuatkan pelawat ingin dan mahu membeli produk atau perkhidmatan anda.

Elemen-elemen seperti susunan ayat, penggunaan gambar, dan perkataan-perkataan menarik emosi pelawat juga akan dikongsikan untuk memaksimakan pembeli di laman web anda dengan cara meningkatkan keyakinan pelawat membeli dari anda.

Dalam modul ini juga, peserta akan diajar cara membina laman web sendiri cara mudah untuk perniagaan yang dipilih. Dengan mengetahui cara membina laman web sendiri, peserta dapat menjimatkan beribu ringgit dengan tidak perlu lagi mengupah pereka laman web.


m4

Modul 4 : Pengiklanan Efektif di Internet ( Kelas Bersemuka)

MAKLUMAT : Antara sebab kegagalan perniagaan Internet adalah usahawan menggunakan teknik pengiklanan yang tidak efektif. Dalam modul ini, peserta akan didedahkan teknik-teknik pengiklanan yang efektif di Internet, serta cara meminimakan kos pengiklanan anda.

Terdapat teknik pengiklanan percuma dan juga berbayar. Peserta akan ketahui teknik-teknik utama yang paling efektif dalam mendapatkan lebih banyak trafik dan pelawat ke laman web anda.

Lebih ramai pelawat, maka lebih mudah untuk anda mendapat jualan setiap hari di Internet.


m5

Modul 5 : Blog untuk Perniagaan dan SEO ( Kelas Bersemuka)

MAKLUMAT : Modul penting ini akan mendedahkan teknik SEO atau Search Engine Optimization, yang bererti, cara membawa laman web anda ke hadapan enjin pencari seperti GOOGLE- secara percuma.

Dengan mengetahui teknik dan strategi SEO, ia dapat membantu memaksimakan tatapan laman web perniagaan anda di hadapan beratus atau beribu-ribu pelawat melalui enjin pencari Google- promosi percuma kepada anda!

Rata-rata, apabila pengguna Internet ingin mencari sesuatu, enjin pencari seperti Google merupakan tempat utama untuk lakukan carian. Bayangkan sekiranya prospek mencari sesuatu yang anda jual, dan terjumpa laman web anda setiap kali sesiapa sahaja mencari mengenai industri anda. Pastinya, memberi pulangan berkali-kali ganda tanpa sebarang kos kepada anda.


m6

Modul 6 : Youtube dan Pemasaran Video ( Kelas Bersemuka)

MAKLUMAT : Pemasaran video adalah pemasaran media baru yang semakin popular. Oleh kerana pengguna Internet lebih ramai yang merupakan visual learners (pelajar visual) kaedah pemasaran menggunakan video adalah kaedah yang amat efektif dan ramai masih belum terokai.

Video dapat mengubahkan lebih ramai prospek menjadi pembeli berbanding dengan kaedah lain. Ini menunjukkan betapa pentingnya menggunakan teknik dan strategi pemasaran video dalam perniagaan anda.

Modul ini akan menunjukkan kepada anda bukan sahaja teori, tetapi juga praktikal bagaimana anda boleh menggunakan video dalam melipat kali gandakan keuntungan perniagaan anda


m7

Modul 7 : Facebook dan Pemasaran Media Sosial ( Kelas Bersemuka)

MAKLUMAT : Tidak dinafikan lagi media sosial adalah media yang penting hari ini. Oleh kerana ramainya pengguna media sosial di Malaysia dan serata dunia, media sosial merupakan platform perniaagaan yang tidak boleh diabaikan.

Ramai yang menggunakan media sosial seperti Facebook dengan salah dalam perniagaan. Akibatnya, kurangnya followers, kurangnya reach, dan tidak ramai yang like atau share produk dan perkhidmatan yang anda promosikan di Facebook!

Modul ini akan menunjukkan strategi dan teknik terkini Facebook bagaimana anda boleh menggunakan Facebook dalam membina jenama perniagaan anda dan mendapat pelanggan berulang kali dengan hanya menggunakan platform media sosial percuma ini.


m8

Modul 8 : Pemasaran Email dan Komunikasi (Kelas online)

MAKLUMAT : Email merupakan medium utama komunikasi melalui Internet. Dalam pemasaran Internet, membina senarai email atau databes prospek dan pelanggan adalah amat penting.

Senarai email prospek merupakan aset dalam perniagaan Internet di mana, dengan mempunyai senarai prospek tersendiri memberi kemudahan kepada perniagaan untuk menghubungi prospek secara terus dalam promosi pada bila-bila masa sahaja. Namun, untuk menjadikannya efektif, teknik dan kaedahnya perlu betul!

Modul ini membantu peserta dalam mengetahui teknik dan strategi membina senarai databes prospek tersendiri yang bersedia untuk membeli daripada anda.


m9

Modul 9 : Pemasaran Affiliate (Kelas online)

MAKLUMAT : Modul bonus ini akan kongsikan teknik memulakan perniagaan tanpa sebarang modal dan bagaimana hendak menjalankan perniagaan dengan pantas tanpa sebarang stok.

Namun bukan itu sahaja, konsep pemasaran affiliate juga dapat membantu perniagaan anda tidak kira menjual produk atau perkhidmatan dalam menjana ajen-ajen yang inginkan produk dan perkhidmatan untuk dijual. Maka, anda boleh mendapat ramai jurujual yang mempromosikan perniagaan anda!

Bagaikan serampang dua mata, modul ini dapat memberi idea tambahan kepada anda dalam memulakan perniagaan baru, dalam waktu yang sama, anda sendiri boleh membina rangkaian ajen melalui sistem affiliate anda sendiri.


m10

Modul 10 : Analisa Perniagaan Internet (Kelas online)

MAKLUMAT : Modul analisa perniagaan Internet akan membantu anda dalam menganalisa pencapaian perniagaan Internet anda. Berbekalkan modul terakhir ini, peserta akan dilengkapkan dengan blueprint atau pelan tindakan apa yang anda perlu lakukan dan bagaimana anda boleh perbaiki perniagaan Internet anda pada bulan, atau tahun-tahun yang akan datang.

Dengan kebolehan menganalisa laman web sendiri, sebarang pembaikan perniagaan Internet dapat dilakukan dengan sempurna untuk keuntungan perniagaan jangka masa panjang!

Siapakah Irfan Khairi dan apakah latar belakangnya?

Irfan Khairi, pengasas OpenEducation di bawah Irfan Khairi Sdn Bhd telah menempa nama di Malaysia dan dikenali sebagai “jutawan Internet” oleh pihak media bermula 2005. Seorang speaker profesional, penulis dan juga personaliti TV dan radio, Irfan Khairi telah melahirkan beribu-ribu usahawan Internet yang berjaya di Malaysia dan juga luar negara melalui program-program yang dikendalikannya. Untuk membaca lebih lanjut pencapaian Irfan Khairi, klik di sini.

Bagaimanakah kaedah pembelajaran untuk Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial?

Kaedah pembelajaran yang diterapkan adalah fleksibel khas bagi mereka yang bekerja dan menjalankan perniagaan. Enam kelas dan kuliah bersemuka diadakan (Sabtu atau Ahad) dan 3 kelas dikendalikan secara online dari keselesaan rumah anda sepanjang SEMBILAN bulan pembelajaran.

Selain daripada itu, pembelajaran dilakukan secara atas talian selama melalui web seminar, video, guide langkah-demi-langkah dan soal jawab mengikut kesesuaian masa peserta. Program ini menggunakan Facebook sebagai pengantara utama di mana pelajar boleh berkomunikasi dengan Irfan Khairi dan pelatih / konsultan berpengalaman setiap hari melalui Facebook group khas hanya untuk pelajar.

Perjumpaan bersemuka juga diadakan untuk bantuan setiap pelajar pada waktu-waktu tertentu mengikut kesesuaian pelajar.

Di manakah kelas dan kuliah dijalankan, dan bagaimana suasana pembelajaran?

Kelas dan kuliah dijalankan di dewan Ruang@iksb di Mutiara Damansara (berhampiran Ikea & Curve) yang merupakan tempat rasmi Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial.

Suasana pembelajaran pula adalah terhad kepada kumpulan yang kecil dan bukan beratus atau beribu peserta seperti seminar-seminar yang dikelolakan oleh syarikat lain. Ini memudahkan tumpuan dan pembelajaran yang lebih baik bagi setiap pelajar.


ruang pics
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.

grey_r1_c7_s1

contact_20188

phoneus

image6

HakCipta terpelihara 2011-2018 Irfan Khairi Sdn Bhd. TERMA DAN SYARAT Segala yang terkandung di dalam laman web ini tidak boleh di cetak semula secara digital atau cetakan tradisional tanpa kebenaran pemilik. HUBUNGI KAMI