Klik PLAY pada video di bawah untuk ketahui bagaimana anda juga boleh memulakan perniagaan Internet dari rumah, atau kembangkan lagi perniagaan anda sedia ada!

Program 100% Online – belajar dari rumah.

Selepas menonton video di atas, baca selanjutnya untuk mendapat pemberian percuma bernilai lebih RM3,959.90…
Open Education Malaysia

Open Education ditubuhkan oleh Irfan Khairi Sdn Bhd (IKSB), syarikat #1 Malaysia dalam pendidikan perniagaan Internet, dalam usaha mendidik dan membuka peluang pembelajaran khas bagi golongan dewasa dan bekerjaya yang inginkan pembelajaran lanjutan terutamanya dalam bidang keusahawanan Internet sejak tahun 2005 lagi.

Kaedah pembelajaran secara online memudahkan golongan bekerja atau usahawan mendapat ilmu yang boleh diaplikasikan pada perniagaan dalam menambahkan nilai diri dan perniagaan.

Platfom pembelajaran online yang digunakan adalah antara platfom yang tercanggih di dunia untuk memudahkan lagi pembelajaran dilakukan dari keselesaan rumah anda.

Menarik tentang Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial:
  • Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi sebagai pensyarah!
  • Program 6 bulan- mendalami teknik, strategi dan tips memulakan dan mengembangkan perniagaan di Internet secara teori dan juga praktikal
  • Bermula dengan teknik asas khas bagi mereka yang masih lagi baru dengan perniagaan Internet, sehingga teknik yang lebih maju/advance bagi mereka yang sedang menjalankan perniagaan Internet
  • Program separuh masa- kelas dilakukan secara online, dan anda boleh mengikutinya dari keselesaan rumah anda!
  • Kelas online, bantuan bersemuka. Walaupun kelas dikendalikan secara 100% online, anda tetap dijemput ke pusat latihan kami secara bersemuka untuk sebarang bantuan tambahan secara bersemuka (coaching) – tiada kos tambahan!
  • Lebih 170 tip dan teknik perniagaan Internet selama program dijalankan.
  • Tempat terhad & eksklusif – setiap kelas terhad kepada lingkungan 40 peserta terpilih sahaja dan bukan beratus atau beribu peserta untuk memberi suasana pembelajaran yang lebih baik, selesa dan tertumpu.
  • Business based assignment- tugasan adalah berdasarkan perniagaan anda jalankan. Sekiranya anda belum memulakan perniagaan, program ini akan membantu anda memulakan perniagaan Internet anda yang pertama.
  • Sokongan dan coaching selama 9 bulan- bersama Irfan Khairi Sdn Bhd membantu perniagaan anda berkembang di Internet. Sokongan dan coaching adalah secara bersemuka dan juga online mengikut waktu anda.
  • Bersama rakan-rakan baru sekelas yang mempunyai matlamat yang sama dalam menjayakan perniagaan masing-masing turut membantu!
  • Pemberian PERCUMA bernilai RM3,959.90 pendaftaran hari ini!
  • Pengambilan/kelas ONLINE bermula 29 MAC, 2020 – *pengambilan BARU* TEMPAT TERHAD!
Hanya 14 12 tempat tinggal!
Soalan Lazim

Apakah modul yang akan dipelajari sepanjang program ini?

Berbeza dengan program atau seminar perniagaan Internet yang lain yang hanya menumpukan pada satu jenis teknik atau strategi, program 6 bulan ini merangkumi pelbagai teknik dan strategi perniagaan Internet dalam 10 modul yang disediakan khas oleh pakar perniagaan Internet #1 Irfan Khairi.

Program-program Irfan Khairi telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia sejak 2005 hingga kini!

Program ini terbahagi kepada 10 modul Pemasaran Internet dan Media Sosial. Antara modul yang akan dipelajari adalah asas perniagaan Internet, teknik pemasaran blog untuk perniagaan, pemasaran Facebook dan media sosial, pengoptimaan enjin pencari, pengiklanan Internet, pembinaan laman web perniagaan dan banyak lagi…

MODUL 1
Asas Perniagaan Internet dan Pemasaran Media Sosial

Modul yang berkongsikan asas perniagaan Internet supaya peserta dapat memahami cara membina perniagaan Internet dengan cara yang betul.

Modul ini juga akan turut membantu peserta mencari idea-idea perniagaan berdasarkan minat dan permintaan untuk dijadikan “Business Based Assignment” sepanjang pengajian. Asas penjenamaan juga akan dibincangkan supaya perniagaan yang dimulakan dapat meminimakan pesaing dalam memudahkan lagi perjalanan perniagaan anda!

Dalam modul ini, peserta akan diberi bantuan dan bimbingan kepada persoalan, perniagaan apa yang terbaik untuk mereka mulakan?

MODUL 2
Penjenamaan Diri Perniagaan Jualan Langsung dan Ajen

Kini, perniagaan berbentuk ajen, sama ada perniagaan jualan langsung, dropship, MLM, atau perniagaan berbentuk perkhidmatan seperti insurans, penasihat kewangan dan lain-lain adalah sangat popular. Model perniagaan sebegini memerlukan penjenamaan diri (personal branding) untuk mendapat daya saingan di kalangan pesaing yang lebih ramai.

Modul ini akan kongsikan teknik penjenamaan diri (personal baranding) yang juga boleh diaplikasikan pada apa sahaja jenis perniagaan.

MODUL 3
Laman Web Yang Menjual

Peserta akan mendalami teknik dan strategi menghasilkan laman web yang boleh mengubahkan prospek menjadi pembeli. Psikologi cara orang membeli di atas talian akan dipelajari supaya memudahkan peserta memahami apa yang membuatkan pelawat ingin dan mahu membeli produk atau perkhidmatan anda.

Elemen-elemen seperti susunan ayat, penggunaan gambar, dan perkataan-perkataan menarik emosi pelawat juga akan dikongsikan untuk memaksimakan pembeli di laman web anda dengan cara meningkatkan keyakinan pelawat membeli dari anda.

Dalam modul ini juga, peserta akan diajar cara membina laman web sendiri cara mudah untuk perniagaan yang dipilih. Dengan mengetahui cara membina laman web sendiri, peserta dapat menjimatkan beribu ringgit dengan tidak perlu lagi mengupah pereka laman web.

MODUL 4
Pengiklanan Efektif di Internet

Antara sebab kegagalan perniagaan Internet adalah usahawan menggunakan teknik pengiklanan yang tidak efektif. Dalam modul ini, peserta akan didedahkan teknik-teknik pengiklanan yang efektif di Internet, serta cara meminimakan kos pengiklanan anda.

Terdapat teknik pengiklanan percuma dan juga berbayar. Peserta akan ketahui teknik-teknik utama yang paling efektif dalam mendapatkan lebih banyak trafik dan pelawat ke laman web anda. Lebih ramai pelawat, maka lebih mudah untuk anda mendapat jualan setiap hari di Internet.

MODUL 5
Blog untuk Perniagaan dan SEO

Modul penting ini akan mendedahkan teknik SEO atau Search Engine Optimization, yang bererti, cara membawa laman web anda ke hadapan enjin pencari seperti GOOGLE- secara percuma.

Dengan mengetahui teknik dan strategi SEO, ia dapat membantu memaksimakan tatapan laman web perniagaan anda di hadapan beratus atau beribu-ribu pelawat melalui enjin pencari Google- promosi percuma kepada anda!

Rata-rata, apabila pengguna Internet ingin mencari sesuatu, enjin pencari seperti Google merupakan tempat utama untuk lakukan carian. Bayangkan sekiranya prospek mencari sesuatu yang anda jual, dan terjumpa laman web anda setiap kali sesiapa sahaja mencari mengenai industri anda. Pastinya, memberi pulangan berkali-kali ganda tanpa sebarang kos kepada anda.

MODUL 6
YouTube dan Pemasaran Video

Pemasaran video adalah pemasaran media baru TREND TERKINI 2020. Oleh kerana pengguna Internet lebih ramai yang merupakan visual learners (pelajar visual) kaedah pemasaran menggunakan video adalah kaedah yang amat efektif dan ramai masih belum terokai.

Video dapat mengubahkan lebih ramai prospek menjadi pembeli berbanding dengan kaedah lain. Ini menunjukkan betapa pentingnya menggunakan teknik dan strategi pemasaran video dalam perniagaan anda.

Modul ini akan menunjukkan kepada anda bukan sahaja teori, tetapi juga praktikal bagaimana anda boleh menggunakan video dalam melipat kali gandakan keuntungan perniagaan anda.

MODUL 7
Facebook dan Pemasaran Media Sosial

Tidak dinafikan lagi media sosial adalah media yang penting hari ini. Oleh kerana ramainya pengguna media sosial di Malaysia dan serata dunia, media sosial merupakan platform perniaagaan yang tidak boleh diabaikan.

Ramai yang menggunakan media sosial seperti Facebook dengan salah dalam perniagaan. Akibatnya, kurangnya followers, kurangnya reach, dan tidak ramai yang like atau share produk dan perkhidmatan yang anda promosikan di Facebook!

Modul ini akan menunjukkan strategi dan teknik terkini Facebook bagaimana anda boleh menggunakan Facebook dalam membina jenama perniagaan anda dan mendapat pelanggan berulang kali dengan hanya menggunakan platform media sosial percuma ini.

MODUL 8
Pemasaran Affiliate

Modul bonus ini akan kongsikan teknik memulakan perniagaan tanpa sebarang modal dan bagaimana hendak menjalankan perniagaan dengan pantas tanpa sebarang stok.

Namun bukan itu sahaja, konsep pemasaran affiliate juga dapat membantu perniagaan anda tidak kira menjual produk atau perkhidmatan dalam menjana ajen-ajen yang inginkan produk dan perkhidmatan untuk dijual. Maka, anda boleh mendapat ramai jurujual yang mempromosikan perniagaan anda!

Bagaikan serampang dua mata, modul ini dapat memberi idea tambahan kepada anda dalam memulakan perniagaan baru, dalam waktu yang sama, anda sendiri boleh membina rangkaian ajen melalui sistem affiliate anda sendiri.

MODUL 9
Pemasaran Email dan Komunikasi

Email merupakan medium utama komunikasi melalui Internet. Dalam pemasaran Internet, membina senarai email atau databes prospek dan pelanggan adalah amat penting.

Senarai email prospek merupakan aset dalam perniagaan Internet di mana, dengan mempunyai senarai prospek tersendiri memberi kemudahan kepada perniagaan untuk menghubungi prospek secara terus dalam promosi pada bila-bila masa sahaja. Namun, untuk menjadikannya efektif, teknik dan kaedahnya perlu betul!

Modul ini membantu peserta dalam mengetahui teknik dan strategi membina senarai databes prospek tersendiri yang bersedia untuk membeli daripada anda.

MODUL 10
Analisa Perniagaan Internet

Modul analisa perniagaan Internet akan membantu anda dalam menganalisa pencapaian perniagaan Internet anda. Berbekalkan modul terakhir ini, peserta akan dilengkapkan dengan blueprint atau pelan tindakan apa yang anda perlu lakukan dan bagaimana anda boleh perbaiki perniagaan Internet anda pada bulan, atau tahun-tahun yang akan datang.

Dengan kebolehan menganalisa laman web sendiri, sebarang pembaikan perniagaan Internet dapat dilakukan dengan sempurna untuk keuntungan perniagaan jangka masa panjang!

Siapakah Irfan Khairi dan apakah latar belakangnya?

Irfan Khairi, pengasas OpenEducation di bawah Irfan Khairi Sdn Bhd telah menempa nama di Malaysia dan dikenali sebagai “jutawan Internet” oleh pihak media bermula 2005. Seorang speaker profesional, penulis dan juga personaliti TV dan radio, Irfan Khairi telah melahirkan beribu-ribu usahawan Internet yang berjaya di Malaysia dan juga luar negara melalui program-program yang dikendalikannya. Bermula 2016, Irfan Khairi juga telah menubuhkan IK Institute of Business di Dubai, UAE untuk mengembangkan sayap perniagaannya mencapai negara-negara Islam seluruh dunia.

Irfan Khairi juga dianugerahkan, anugerah berprestij, Malaysia Top Achievers Award 2019, Leadership Excellence in Online Marketing.


award photo_smaller
Bagaimanakah kaedah pembelajaran untuk Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial?

Kaedah pembelajaran yang diterapkan adalah secara online dan fleksibel khas bagi mereka yang menjalankan perniagaan, bekerja, suri rumah atau pesara.

TUJUH KELAS secara LIVE online bersama Irfan Khairi dan 3 kelas secara webinar bersama Irfan Khairi. Dalam setiap kelas, aktiviti dan juga assignment akan diberikan. Assignment adalah bersifat praktikal seperti membina laman web, pengiklanan, menyunting video, membina blog, dan lain-lain.

Apabila sesi LIVE dikendalikan secara online, peserta perlu mengikutinya secara langsung untuk belajar dan berinteraksi bersama Irfan Khairi. Jadual sesi LIVE akan diberikan. Rakaman untuk sesi live ini juga akan disediakan sebagai rujukan/ulang kaji.

Pembelajaran dilakukan secara atas talian sepanjang program melalui interaksi LIVE, web seminar, video, manual langkah-demi-langkah dan soal jawab mengikut kesesuaian masa peserta. Peserta juga boleh berkomunikasi dengan Irfan Khairi dan pelatih / konsultan berpengalaman setiap hari melalui atas talian/online sepanjang program dikendalikan.

Bahan-bahan pembelajaran tambahan juga akan diberikan kepada peserta hampir setiap hari. Bahan-bahan pembelajaran ini boleh diikuti oleh peserta pada bila-bila masa sahaja.

Perjumpaan bersemuka dan coaching juga diadakan untuk bantuan setiap pelajar pada waktu-waktu tertentu mengikut kesesuaian pelajar bersama pelatih bertauliah kami.

Bagaimanakah sesi pembelajaran LIVE dikendalikan?

Open Education menggunakan salah satu platform pembelajaran online yang terkini dan tercanggih di dunia. Peserta akan dapat mengikuti Irfan Khairi, mengikuti slide, white board online, dan juga berinteraksi bertanyakan sebarang soalan secara live/langsung. Interaksi juga boleh dilakukan bersama Irfan Khairi dan juga rakan sekelas secara online.


screen shot online learning
Peserta boleh mengikuti pembelajaran live melalui laptop, desktop ataupun smartphone/tablet sahaja.

Suasana pembelajaran pula adalah selesa dan terhad kepada lingkungan 30-40 pelajar dan bukan beratus atau beribu peserta seperti seminar-seminar yang dikelolakan oleh syarikat lain. Ini memudahkan tumpuan dan pembelajaran yang lebih baik dan selesa bagi setiap pelajar.

Siapakah tenaga pengajar bagi program ini?

Modul Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial di hasilkan oleh Irfan Khairi, pakar perniagaan Internet #1 Malaysia. Beliau juga adalah penyampai utama modul kepada peserta bersama kumpulan pelatih yang berpengalaman. Keseluruhan sesi kuliah online akan dikendalikan oleh Irfan Khairi sendiri.

Sekiranya saya mempunyai sebarang masalah dalam mengembangkan perniagaan saya di Internet, apakah bantuan yang akan saya dapat selain kelas dan sesi online yang dilakukan?

Peserta boleh mendapat bantuan dan bimbingan serta konsultansi tambahan bersama pelatih berpengalaman Irfan Khairi Sdn Bhd setiap minggu secara bersemuka di pusat latihan kami di Oval Damansara. Training dan konsultansi tambahan boleh dilakukan berseorang (one-on-one) bersama trainer atau secara berkumpulan. Pusat latihan kami adalah sangat selesa dan kondusif! Lihat sahaja…


montage2_compress
Walaupun program pembelajaran adalah secara online 100%, anda tetap boleh datang berjumpa dengan kami untuk sebarang bantuan dan bimbingan (coaching) di pusat latihan kami yang selesa dan cantik untuk bantuan bersemuka. Ini adalah satu bonus dan tiada kos tambahan dikenakan.

Bantuan dan bimbingan juga adalah tanpa had dan boleh dilakukan secara online jika anda tidak dapat datang berjumpa.

Siapakah terbaik untuk menyertai program ini?

Program ini terbuka kepada pelajar, suri rumah, mereka yang sedang bekerja atau tidak, usahawan, mereka yang sudah bersara dan sesiapa sahaja yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan dan pemasaran Internet & media sosial (tiada had umur).

Oleh kerana program ini adalah fleksibel dan dikendalikan pada hujung minggu secara online (Sabtu atau Ahad), ia memudahkan sesiapa sahaja mengikut kesesuaian masa anda, tidak kira dari mana sahaja!